Majlis Penyaksian Penghantaran Pertama Arang Batu TNB Menggunakan Kapal Handymax ke Lumut Maritime Terminal (LMT)
3 Ogos 2026
Jetty Kg Acheh, Lumut Terminal, Manjung, Perak
.
TNB Fuel Services Sdn. Bhd. telah mengadakan Majlis Penyaksian Penghantaran Pertama Arang Batu TNB menggunakan kapal jenis Handymax, MV Strategic Harmony, ke Lumut Maritime Terminal (LMT). Penghantaran bersejarah ini merupakan satu pencapaian penting dalam memperkukuh keupayaan logistik dan memastikan kesinambungan bekalan arang batu bagi menyokong operasi penjanaan elektrik negara.
.
Majlis tersebut telah disaksikan oleh Tn. Hj. Mohammad Zahir bin Ismail, Ketua Pegawai Operasi TNB GenCo, dan turut disertai oleh Ir. Ts. Ahmad Afzainizam bin Mokhtar, Pengarah Urusan TNB Janamanjung, Tn. Hj. Jamal bin Yusof, Pengarah Urusan TNB Fuel Services Sdn. Bhd., serta Tn. Hj. Mohd. Rusly bin Tamsir, Ketua Pegawai Operasi Lumut Maritime Terminal Sdn. Bhd.
.
Ketibaan MV Strategic Harmony menandakan penghantaran sulung arang batu TNB menggunakan kapal Handymax ke LMT, sekali gus membuktikan keupayaan TNB Fuel Services bersama rakan strategik dalam mempelbagaikan penyelesaian logistik yang lebih fleksibel, cekap dan berdaya tahan. Inisiatif ini turut memperkukuh pengurusan rantaian bekalan bahan api bagi memastikan bekalan arang batu ke stesen janakuasa TNB sentiasa mencukupi dan berterusan.
.
Majlis ini mencerminkan komitmen TNB Fuel Services, TNB Janamanjung dan Lumut Maritime Terminal dalam memperkukuh Business Continuity Management (BCM) melalui kerjasama strategik serta pengurusan logistik yang cekap, sekali gus menyokong operasi penjanaan elektrik yang stabil dan mampan.
.
TNB Fuel Services merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat atas komitmen dan kerjasama dalam menjayakan penghantaran sulung ini, yang membuka lembaran baharu dalam operasi logistik arang batu TNB.



