Search

TNBF x SJTM MANGROVE PLANTING & BEACH CLEANING DAY

TNBF x SJTM MANGROVE PLANTING & BEACH CLEANING DAY

TNBF x SJTM MANGROVE PLANTING & BEACH CLEANING DAY

Stesen Janakuasa Tunku Muhriz (SJTM), Port Dickson, Negeri Sembilan.

18 July 2024

 

 

TNBF dan Jimah East Power (JEP) dengan usahasama pihak Malaysian Nature Society (MNS), sebuah organisasi NGO persatuan pencinta alam Malaysia telah berkolaborasi untuk program ini demi memenuhi aspirasi Tenaga Nasional Berhad (TNB) dalam menjayakan urus tadbir berlandaskan TNB Core Values dan Environmental, Social, and Governance (ESG). Seramai 58 orang daripada TNBF, 30 orang daripada JEP/ SJTM dan 6 orang daripada MNS telah terlibat dalam menjayakan program ini yang berlangsung selama hampir 3 jam.

 

Pemilihan SJTM bagi program tanam pokok bakau tahun ini dibuat adalah kerana tanaman pokok bakau di sekeliling STJM adalah sangat penting memandangkan kedudukannya di kawasan berpaya tepi pantai yang akan melindungi ekosistem hidupan akuatik yang menjadi habitat bagi udang, ikan dan ketam termasuk haiwan lain seperti kera serta burung.

 

Secara totalnya, sebanyak 300 anak pokok bakau telah berjaya ditanam di SJTM Mangrove Oasis dan 131kg sampah berupa plastik, besi dan lain-lain telah berjaya dikumpul dalam program ini yang berakhir pada jam 12.45 tengah hari.

 

Jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak-pihak yang membantu melancarkan program ini seperti SJTM, JEP, TNBF, REMACO, MNS, SSD dan PELITAWANIS.